Home Berita PAS Selangor

‘Cupcake’ merdeka comel untuk frontliners – PAS Kawasan Gombak

62
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 4 September – Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64, Lajnah Perpaduan Nasional PAS Gombak dan DHPP Gombak dengan kerjasama NGO Persatuan Hulu Kelang Prihatin (PHKP), Syabab Care, Maaruf Care, dan Persatuan Kebajikan As-Sakinah menyantuni petugas barisan hadapan.

Para frontliners negara kita telah berkorban tenaga, nyawa dan masa demi memastikan keselamatan orang ramai dalam menghadapi wabak pandemik COVID-19 yang masih belum berpenghujung ini.

May be an image of 3 people, people standing and text that says "Covid-19 Program IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN PUSAT MBERIAN VAKSIN KLI "TAHNIAP "TAHNIA ESIHATAN AU2 DATELAH VAKSIN LINDUNG SEMUA."Tim pelaksana program “Terima Kasih Frontliners” telah membuat kunjungan dan penyerahan pek makanan tengahari serta “Cupcakes” di Hospital Orang Asli Gombak dan beberapa klinik kesihatan antaranya Klinik Kesihatan Gombak Setia, Klinik Kesihatan Selayang Baru, Klinik Kesihatan Hulu Kelang, dan Klinik Kesihatan AU2 Taman Keramat.

Program-program kebajikan dan perpaduan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Sesiapa yang ingin membantu dan menyokong program-program yang akan dianjurkan bolehlah membuat sumbangan anda ke akaun:
https://toyyibpay.com/DANA-PRIHATIN-PERPADUAN-GOMBAK

Bank : Maybank
No. akaun : 562405640793
Akaun : Lajnah Perpaduan Nasional Pas Gombak
Ref : prihatin perpaduan

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor