Home Berita PAS Kedah

Tentera Semut Merah Baling diraikan

398
SHARE

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR

KUPANG, 3 Sept : Seramai 20 anggota ‘tentera semut merah’ diraikan dalam majlis Jasamu Dikenang di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang hari ini.

Majlis meraikan sayap di bawah Dewan Pemuda PAS dikenali Jabatan Amal Malaysia (JAM) itu dilakukan Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad.

Najmi berkata, ia sebagai menghargai mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan membantu mangsa tragedi kepala air di Gunung Jerai di Yan baru-baru ini.

Menurutnya, JAM Baling mengambil peranan amat besar dengan menghantar anggota sepanjang misi kemanusiaan di sana berlangsung.

“Walaupun majlis ini diadakan, ia tetap tidak mampu membalas jasa dan pengorbanan mereka yang amat besar.

“Mereka membantu tanpa dibayar, malah sanggup mengerah keringat sepanjang masa. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan mereka,” katanya kepada media PAS Baling.

Najmi yang juga ADUN Kupang merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh anggota JAM seluruh negara yang berkorban tenaga dan masa membantu mangsa terlibat dalam tragedi itu.

Seramai 12 anggota JAM Baling yang hadir menerima sumbangan tunai dan makanan manakala selebihnya akan menerima daripada wakil.
Turut hadir, Yang Dipertua PAS Baling, Hassan Saad.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”