Tuduhan JAIS Dikuasai Oleh Parti Politik Tertentu Tidak Berasas – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Ketua Penerangan PAS Kawasan Hulu Langat
Shah Alam, YB Sany Hamzan (ADUN Templer-Amanah) secara melulu menuduh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dikuasai oleh sebuah parti tertentu tanpa bukti yang jelas, ketika perbahasan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam.
Beliau dalam ucapannya seperti memberi amaran agar pihak JAIS “tidak bermain sentimen kepartian dalam menjalankan tugas”, dan ia adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab sebagai parti yang memerintah Negeri Selangor.
Tambah beliau kepada JAIS agar “Jangan membawa agenda kepartian dalam menjalankan tanggungjawab”, sekaligus membina persepsi yang salah kepada kakitangan dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor.
Mungkin ada antara tindakan JAIS kebelakangan ini yang menyebabkan ketidak puasan hati Adun Templer tersebut sehingga tuduhan ini dilemparkan tanpa siasatan dan bukti yang kukuh.
Dalam kenyataan lain beliau seperti menuduh tindakan JAIS baharu ini hanya memberi Tauliah kepada Asatizah parti tertentu dan bukan dari parti mereka sehingga timbul cadangan tidak lagi memberikan Tauliah kepada mereka yang berkaitan parti politik dibawa kepada Jawatankuasa Tauliah MAIS dan kemudiannya mendapat perkenan Mesyuarat Dewan Diraja Selangor Bil 151/2019.
Cadangan untuk tidak lagi memberi tauliah berceramah agama di Masjid dan surau kepada asatizah ahli politik ini berpunca dari tuduhan dan tohmahan ahli ahli politik kerajaan negeri yang dikatakan sukar mendapat tauliah dari JAIS, sehingga dikaitkan dengan parti politik tertentu.
JAIS sebelum ini juga telah mengambil alih pengurusan Jenazah covid-19 di Hospital-hospital kerajaan dalam negeri Selangor turut menjadi isu ke tidak puasan NGO yang berkaitan ahli politik kerajaan negeri.
29 Ogos 2021 | 20 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor