Home Rencana PAS Perak

Solat sebagai Penolongmu | Dr Najihatussalehah Ahmad

305
SHARE
Orang kata SABAR ni mudah diungkap tapi pelaksanaannya amat susah. Tetapi kita sebagai seorang muslim, haruslah mempunyai sikap sabar dalam menghadapi apa jua dugaan dan rintangan.
.
Mana kan tidak, Nabi dan para anbiya juga diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Inikan kita pula manusia yang tidak maksum yang sentiasa bergantung pada Allah SWT.
.
Mengambil pengajaran daripada kisah Perang Badar. Dimana, Allah SWT membantu tentera Badar dengan menghantar malaikat untuk membantu mereka. Namun begitu, para sahabat tidak duduk diam sahaja menunggu malaikat berperang dengan orang kafir.
.
Dalam sabar, harus ada usaha. Contohnya, kita belajar dalam sesuatu bidang. Tidak mudah untuk difahami tanpa iltizam yang tinggi. Tanpa bantuan Allah yang memberi kefahaman dan taufiknya pasti kita hanyut.
.
Solat dan teruslah solat. Kerana solatlah perkara utama dalam kehidupan seorang muslim. Solat itu pengaduan hamba kepada RabbNya. Mintalah pada Allah apa saja, dan adulah apa sahaja, kerana Dia yang Maha Mendengar dan memakbulkan. InshaaAllah.