KELUARGA MALAYSIA: INSPIRASI MURNI PM
Ucapan sulung Perdana Menteri Malaysia yang ke-9, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan mesej yang jelas bahawa seluruh Ahli Dewan Rakyat baik di pihak Kerajaan mahupun pembangkang untuk bersama-sama mengembleng tenaga dan mencari titik persamaan bukan perbezaan demi kesepakatan sebagai satu keluarga, Keluarga Malaysia.
Wabak pandemik yang melanda ini, perlukan komitmen yang penuh dari kalangan pemimpin Kerajaan dan pembangkang serta rakyat Malaysia untuk bekerjasama memastikan immuniti kelompok itu tercapai.
Sokongan kepada petugas barisan hadapan mesti diperhebatkan supaya sasaran puncak vaksinisasi negara menepati jangkaan.
Langkah yang diambil oleh PM dengan menjemput kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 merupakan lengkah yang terbaik memastikan agar perpaduan dan kestabilan negara dapat dikekalkan.
Sebagai seorang yang berasal dari keluarga petani yang pernah mengharungi kesusahan hidup sewaktu kecil YAB Dato’ Sri Ismail Sabri memahami kesengsaraan yang sedang dialami rakyat pada masa kini.
‘Keluarga Malaysia’ inspirasi murni PM untuk mengembalikan keharmonian negara ini mesti disahut oleh semua pihak tanpa mengira perbezaan politik, kaum dan agama.
Bersama-samalah kita menyokong untuk merealisasikannya, mudah-mudahan negara kita terus aman, makmur dan sejahtera.
Terima kasih.
RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)
23 Ogos 2021 | 14 Muharram 1443H
#KeluargaMalaysia
#MenangBersama
#MalaysiaPrihatin