Home Rencana PAS Selangor

Keluarga Malaysia – Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

148
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

“Keluarga” ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat dan ahli antropologi melihat istilah “darah” perlu juga difahami juga secara metaforik iaitu konsep berkeluarga yang tidak bersandarkan “darah”.

“Malaysia” pula adalah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa berasal dari Tanah Melayu dan kemudian migrasi kumpulan-kumpulan bangsa berlaku dalam gabungan jajahan seterusnya pembentukan negara yang merdeka. Warganegara Malaysia kini terdapat lebih 80 kepelbagaian kaum etnik dan berbilang agama yang ditunjangi oleh Bangsa Melayu dan agama Islam.

Sudah menjadi “Adat Berkeluarga” di negara ini perlu ada sikap tanggugjawab, bertoleransi, berkasih sayang, tolong menolong dan hormat menghormati sesama kita, maka bila berlaku musibah dalam hati kita ada perasaan ingin membantu dan tidak ada ruang dalam hati kita mementingkan diri apabila melihat ahli keluarga yang susah dan memerlukan bantuan.

Islam meletakkan kepentingan keluarga sebagai keutamaan dalam setiap perkara terutama dalam melakukan kebajikan sedekah dan Amal jariah sebagaimana Allah sebut di penghujung ayat 36 surah An-Nisaa’ yang bermaksud

“…, Sebelum kita melakukan kebaikan kepada orang lain, perlu dilihat adakah kebaikan atau ihsan kita sampai kepada kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga kita terlebih dahulu.”

Keluarga itu bukan hanya membina keturunan sahaja malah membina pendidikan dan jati diri nilai kemanusiaan dan perasaan sikap tanggugjawab yang tinggi dalam mempertahankan kepentingan dan kebajikan keluarga mereka.

Islam menekankan perkara utama dalam menjaga kebajikan ahli keluarga adalah dengan menasihati, mengajar dan membimbing mereka menyerah diri kepada Allah, patuh pada segala arahanNya dan meninggalkan segala laranganNya, sehingga membina sifat mukmin dalam diri mereka dimana ianya semua bermula dari institusi keluarga.

Berbeza dengan istilah “Malaysian Malaysia”, dan “1 Malaysia”, Penulis melihat istilah “Keluarga Malaysia” ini lebih menekankan penerapan sifat tanggugjawab seluruh rakyat melaysia melepasi sempadan bangsa, agama dan pahaman politik dalam kita bersama membina negara ini dengan lebih baik.

“Sedangkan lidah lagi tergigit” sudah pasti akan ada perbezaan pendapat dan cara kerja serta kepentingan politik yang akan diketengahkan oleh pelbagai pihak, namun perlu kita sedari dalam menghadapi ancaman wabak covid-19, pasaran ekonomi yang tidak menentu dan permusuhan kaum kebelakangan ini sekalipun, maka kepentingan kebajikan rakyat (keluarga) dan keutuhan negara (institusi keluarga) ini perlu menjadi keutamaan semua pihak.

Jesteru, saya secara peribadi menyambut baik gagasan baharu kerajaan pimpinan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia ke 9 yang akan membawa pendekatan “Keluarga Malaysia” sepakat menyelamatkan negara kita yang tercinta ini.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

23 Ogos 2021 | 14 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor