Alhamdulillah, patik menjunjung kasih kehadapan KDYMM Sultan Muhammad V di atas ampuni perkenan titah ucapan yang dibaca oleh patik pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan yang ke-14 tahun 2021.
Keprihatinan KDYMM Tuanku dalam titah tersebut telah memberi penekanan kepada semua aspek terutama kesihatan dan ekonomi rakyat serta pembangunan ekonomi negeri.
KDYMM Tuanku juga bersukacita di atas langkah segera Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM33.52 Juta pada Tahun 2020 dan RM18.77 Juta pada tahun 2021 bagi membantu rakyat yang kemerosotan kewangan dan terjejas ekonomi akibat penutupan aktiviti ekonomi sepanjang tempoh wabak pandemik Covid-19 ini adalah tindakan yang tepat.
Semoga persidangan yang berlansung selama tiga hari ini berjalan dengan penuh keharmonian dan perpaduan dalam menatijahkan kesejahteraan kepada rakyat negeri Kelantan Darul Naim.
Allahu Akbar, Daulat Tuanku.
#RajaBerdaulatRakyatMuafakatNegeriBerkat
#MerakyatMembangunBersamaIslam