Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
(وَٱلَّذِینَ جَاۤءُو مِنۢ بَعۡدِهِمۡ یَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَ ٰنِنَا ٱلَّذِینَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِیمَـٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِی قُلُوبِنَا
غِلࣰّا لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَاۤ إِنَّكَ رَءُوفࣱ رَّحِیمٌ)
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.
Allah mengajar kita ikut jejak langkah golongan muhajirin dan ansar walaupun kita tidak hidup zaman mereka.
Para sahabat dari Muhajirin dan Ansar itu mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
Mereka sanggup berkorban demi saudara mereka kerana cinta yang tinggi kepada Allah swt dan RasulNya.
Mereka hidup tidak berhasad dengki, saling doa mendoakan .
Jom kita contohi mereka dan mengamalkan doa ini.
Semoga kita semua dijauhi daripada perasaan hasad dengki yang amat merugikan.
#jangandengki
#yongjiha
#Dmpnperak
#IslamMemimpinWanitaSejahtera