Home Berita PAS Perak

Maqis Perak ketatkan pemeriksaan di sempadan

19
SHARE

Oleh: Wat Kamal Abas

BAGAN SERAI – Kawalan dan pemeriksaan di pintu sempadan Perak dengan negara jiran perlu diperkatatkan bagi mengelakkan aktiviti penyeludupan makanan, ternakan dan tanaman terlarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri Perak, Razman Zakaria berkata, ketika ini sistem kawalan sedia ada baik namun perlu dipertingkatkan dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah melaksanakan tugas dengan baik.

“Kejayaan rampasan satu kotak keladi yang diimport tanpa permit dari Belanda di Pejabat Pos Besar Ipoh oleh pihak Maqis semalam dipuji.

“Justeru, kita perlu gandakan lagi kawalan supaya tidak ada sebarang kes penyeludupan dan kemasukan tanpa  permit seperti yang berlaku,” katanya kepada pemberita pada Program Peladang Prihatin Covid-19 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gunung Semanggol Selinsing di sini.

Mengulas lanjut kata Razman, tindakan membawa masuk makanan dan ternakan dilarang akan memberi kesan bukan sahaja kepada pengusaha tetapi juga komuniti.-K!ONLINE

Sumber: KOSMO

Maqis Perak ketatkan pemeriksaan di sempadan