Home Berita PAS Selangor

Sumbangan peralatan perubatan dan komunikasi untuk Hospital Kajang – TPJ 2 PAS Selangor

194
SHARE

INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohd Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Noor Najhan Salleh
Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

KAJANG, 18 Ogos – Sumbangan Prihatin bagi program Tabung Bantuan Covid19 di bawah penyelarasan Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) hari ini sekali lagi hadir menyampaikan sumbangan buat Hospital Kajang.

Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat bersama KMNS kali ini adalah Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Pertubuhan Belia Prihatin (PBP) yang menyumbang 1 mobile ultrasound, 6 set Powered air-purifying respirator, 2 mesin Cardioline dan 20 Oxygen mask yang bernilai RM80 ribu keseluruhannya.

Pihak penyumbang juga memberi sumbangan selain alat Perubatan di atas seperti 6 set “Walkie talkie” untuk memudahkan Komunikasi antara jabatan atau unit di dalam Hospital dan memahami keperluan pesakit dan waris maka 2 unit telifon Tablet telah disumbangkan bagi memudahkan Komunikasi antara keluarga pesakit, Doktor dan pesakit COVID-19 sendiri ketika rawatan di Hospital.

Hadir menyampaikan sumbang tersebut ialah Pengerusi KMNS Ustaz Noor Najhan Muhammad Salleh, Pengurus Operasi KMNS Shehdi Hazrik, Bendahari KMNS Dato Rushdan, bersama Dr Afizah wakil PAPISMA, En Shaarie dan Ustaz Idris mewakili PBP.

Bagi pihak penerima, Dr Darlina Binti Mohd Dhari, Ketua Jabatan Anestesiologi dan Pn Zamzarina binti Mohd Shariff Pegawai Perhubungan Awam hadir menerima sumbangan tersebut bagi pihak Pengarah Hospital Kajang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor