Home Rencana PAS Selangor

Terima kasih Menteri PAS, khidmat cemerlang untuk rakyat – DMPN Selangor

348
SHARE

May be an image of 8 people, headscarf and text that says "Frng asih BARISAN JEMAAH MENTERI & TIMBALAN MENTERI PARȚI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) atas khidmat yang diberikan dengan cemerlang Puslimat ELANGOR PENERANGAN n Dewan Muslimat Negeri Selangor D DMPNS"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Lajnah Penerangan dan Media Baharu
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan terima kasih tak terhingga dan sekalung penghargaan kepada barisan jemaah menteri dan timbalan menteri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atas khidmat cemerlang dan penuh integriti sepanjang tempoh perkhidmatan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

1. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – YB Dato’ Takiyuddin Hassan
2. Menteri Alam Sekitar – YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
3. Menteri Perusahaan, Perladangan & Komoditi – YB Dato’ Khairuddin Aman Razali
4. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – YB Ahmad Marzuk Shaary
5. Timbalan Menteri Sumber Manusia – YB Hj Awang Solahudin Hashim
6. Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga – YB Dato’ Hjh Zailah Mohd Yusoff
7. Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi – YB Ahmad Amzad Hashim
8. Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan – Dato’ Hj Che Abdullah Mat Nawi

Barisan jemaah menteri daripada Perikatan Nasional khususnya PAS ini telah menunjukkan bakti yang terbaik untuk rakyat dan juga berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah bagi mempimpin negara terutama dalam keadaan wabak pandemik Covid-19 ketika ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran dan pahala yang berpanjangan atas curahan bakti dan jasa barisan jemaah menteri ini. Teruskan berkhidmat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh walau apa pun posisi dan jawatan selepas ini. Terima kasih menteri dan timbalan menteri PAS!

Seeru ‘ala Barakatillah.

19 Ogos 2021 | 10 Muharram 1443 H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor