Home Berita PAS Kedah

Bencana “kepala air” di Gunong Jerai MB segera turun padang

704
SHARE

YAN, 18 Ogos :Bencana “kepala air” di Gunong Jerai. Menteri Besar, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor segera turun padang. Haji Sanusi  bergerak melawat tempat dan mangsa kejadian.Beliau tiba di Yan sekitar jam 9.30 malam tadi.

Taklimat telah diberi oleh Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah berkaitan kejadian ribut dan banjir yang melanda beberapa tempat sekitar Yan, lewat petang tadi.

Haji Sanusi memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah menggerakkan semua agensi dan jabatan bagi menangani bencana kepala air di Daerah Yan dan Kuala Muda yang terjadi jam 5.30 perang semalam. Bilik Gerakan peringkat Daerah dan Negeri telah diaktifkan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menggerakkan pasukan Search and Resque (SAR) di semua lokasi yang dilaporkan terdapat mangsa yang terperangkap dan hilang.

3 mangsa yang terkorban telah diturunkan dan diserahkan kepada PDRM untuk dibawa ke hospital untuk urusan selanjutnya.

Operasi mencari 3 orang yang dilaporkan masih hilang dihentikan jam 1:05 pagi dan akan disambung jam 7:00 pagi esok. Dato’ Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Kedah turut berada di lokasi.

PKOB Daerah Yan (JKM, APM, KKM, Rela) telah membuka pusat pemindahan di SMKA Yan (60 mangsa) dan manga yang positif (14) dan kuarantin (45) akibat covid-19 ditempatkan di SK Teroi. Kedua-dua penempatan dipantau rapi oleh semua agensi berdasarkan SOP yang sedia ada.

Paras air telah surut tetapi orang ramai dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga kerana hujan masih turun di kawasan terbabit.

Pegawai Daerah Yan YM Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah yang mengetuai PKOB Daerah Yan akan menguruskan tindakan lanjut untuk membantu penduduk yang terkesan dengan bencana dan menyediakan laporan lengkap berkaitan bencana ini seberapa segera.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhampiran (Majlis Daerah Pendang, MPSPk, MBAS, Sik) akan digerakkan membantu Majlis Daerah Yan membersihkan kawasan, pemindahan dan logistik.

Sada akan menghantar bekalan air ke kawasan yang terputus bekalan air akibat penutupan Loji Rawatan Air akibat kelodak dan lumpur.

Bantuan Nadma akan diperolehi segera.

Haji Sanusi mewakili Kerajaan Negeri merakamkan Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan yang masih hilang diharap dapat bersabar dan berdoa semoga mereka selamat.

Kepada penduduk yang terjejas, diharap mengutamakan keselamatan diri dan keluarga. Penduduk yang diarahkan berpindah perlu dipindahkan ke pusat pemindahan.

Sebarang bantuan daripada NGO berupa bakul makanan dan seumpamanya di alu-alukan dan perlu diuruskan melalui PKOB untuk memastikan SOP PKP dapat dikekalkan.

PKOB Yan – 04-7028799
Pegawai Daerah – 017-5059448
Adun Guar Cempedak- 019-4343333
Adun Sg Limau – 019-4403329
YDP PAS Jerai – 012-482 7563