Home Rencana PAS Perak

KARYA KREATIF | Pejuang Bangsa

229
SHARE

Oleh: A. Nazim

Tanah Melayu,
Tanah tumpah darahku,
Lahirnya aku di bumi yang bertuah,
Bumi pusaka tinggalan moyangku,
Aku bersyukur …
Sungguh bersyukur kerana dilahirkan,
Di tanah air aman sentosa,
Tanah air yang kaya raya,
Dengan sawah padi luas terbentang,
Hijau nan indah luas pandangan,

Ketika tanah ini dijajah,
Tsunami permusuhan melanda tanpa diundang,
Mencetus perbalahan api perkauman,
Bencana durjana membawa kesengsaraan,

Tanah luhur yang aman,
Disirami darah,
Kemelut melanda dicengkam durjana,
Hati durjana tiada rasa simpati,
Menindas bangsaku mengundang padah,

Tak sanggup kulihat,
Bangsaku …
Tanah air dicemari dengan durjana murka,
Tak rela kulihat bangsaku ditindas,
Terkurung dicengkam maut durjana,
Rantai durjana melilit derita sengsara,
Takkan mudahku menyerah,
Takkan kutunduk menurut perintah dusta,

Gema ikrar,
Bangkit teguh demi agama,
Gelora semboyan,
Bangkit teguh demi bangsa,
Gelombang merapi,
Bangkit semangat, pertahankan tanah air tercinta,
Takkan lumpuh semangat Melayu,
Selagi roh moyang kita,
Masih bersemadi dalam hidup kita,
Takkan hilang Melayu di dunia,
Selagi mampu menyatukan tekad,
Semangat satukan bangsa berjuang bersama,

Kita bersatu!
Kita bersatu!
Demi mengisi perubahan tanah air,
Bukan dengan permusuhan,
Bukan dengan persengketaan,
Bukan dengan perbalahan,
Tetapi dengan semangat jiwa bangsa kita,
Apabila kita bersatu hidup bermuafakat,
Kemenangan akan berpihak pada kita,

Tanah Melayu,
Rumah kita,
Raja itu adalah rakyat,
Rakyat itu juga adalah raja,
Takkan berpisah raja dan rakyat,
Demi menjaga keamanan tanah air, membela maruah agama dan bangsa,
Demi tanah air yang sejahtera,

Impian yang suci,
Dengan doa dan usaha,
Harapan kita tanah air bebas,
Bebas dari cengkaman musuh durjana,
Moga bersinar, tetap kuat …
Dan tabah kita berjuang,
Demi mengembalikan kedaulatan tanah air kita,

Wahai dikau …
Anak bangsaku …
Mari gulung lengan baju kita,
Sarungkan songkok di kepala kita,
Baju kebangsaan dihiasi samping yang indah,
Perkemaslah diri kita pejuang bangsa,
Demi membangkitkan semangat melayu,
Semangat bangsa yang bersatu,
Mulia agama dan bangsa,
Tanah air tercinta bumi kenyalang.

Hidup Melayu!
Hidup Melayu!
Hidup Melayu!

Jalan Dato’ Mohd Shah, Gunung Soga, Batu Pahat, Johor Bahru
26 Ogos 2011 (Jumaat)