Home Berita PAS Pulau Pinang

JAM Nibong Tebal bantu kebumi jenazah mangsa Covid-19

97
SHARE

Oleh NAZRI ABD HAMID

NIBONG TEBAL, 10 OGOS – Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Nibong Tebal telah menggerakkan anggotanya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguruskan pengebumian jenazah mangsa Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Tasek Chempedak, dekat sini hari ini.

Menurut Ketua Pemuda PAS kawasan, Ustaz Zulazhar Mohamad, inilah julung kali JAM Nibong Tebal memulakan misi membantu pihak KKM menguruskan pengebumian jenazah mangsa Covid 19 di sini bersama PAS Cawangan Bandar Tasek Mutiara dan PAS Cawangan Seberang Tasek.

“Pada awalnya kami agak sedikit gementar, apabila berhadapan dengan suasana ini, namun ia dapat ditenteramkan dengan penerangan dan garis panduan serta SOP yang telah diterangkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia,” ujarnya lagi.

Tambahnya, sebagai tanda sokongan kepada barisan hadapan dan kebersamaan masyarakat, pihak PAS kawasan akan sedaya upaya memenuhi tuntutan fardu kifayah dan menyantuni keluarga mangsa.

Beliau berkata, pihak PAS kawasan dan JAM Nibong Tebal mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, dicucuri rahmat dan rohnya ditempatkan bersama para syuhada,” ujarnya lagi.