Home Rencana PAS Johor

Manhaj rabbani, ummah berkualiti – Naib Ketua Ulama PAS Pusat

1736
SHARE

” Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti “

1.  Tujuan manusia dicipta adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, maka menjadi tugas para Rasul termasuklah nabi kita Muhammad SAW dengan bekalan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mengajar manusia ke jalan pengabdian yang sebenar. Merujuk kepada apa yang telah disebut oleh Allah dalam surah Al- An’am ayat 153 :

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

2. Baginda menghadapi cabaran yang begitu hebat ketika melaksanakan tugasnya, termasuklah penghijrahan nabi SAW ke Madinah pastinya laluan itu adalah laluan yang berliku, namun baginda tidak pernah bersedih dan berduka cita kerana baginda yakin Allah SWT bersamanya, maka sewajarnya bagi kita yang membawa kerja yang sama tidak boleh tidak akan menghadapi cabaran yang sama seperti itu, maka janganlah sesekali kita merasa putus asa diatas ujian yang telah didatangkan oleh Allah SWT, maka tiada penawar yang paling baik untuk kita letakkan dalam jiwa kita menghadapi semua itu melainkan KESABARAN, kita merujuk kepada apa yang telah Allah SWT sebut dalam surah Ali Imran ayat 200 :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

 

3.   Marilah kita mengambil Iktibar dari pengorbanan Nabi SAW dalam peristiwa hijrah ni yang pastinya adalah untuk membebaskan aqidah manusia dari segala pegangan dan fahaman yang lain selain dari Allah SWT, dan akhirnya kita melihat Islam terus membangun hampir keseluruh dunia dengan asbab penghijrahan itu dan menjadikan Madinah sebagai satu pusat pemerintahan Islam yang berteraskan kepada Manhaj Rabbani, maka apabila Manhaj ini dilaksanakan akan lahirlah Ummah Rabbani yang akan membentuk sebuah Negara yang Harmoni, perkara ini Allah jelaskan dengan terang dalam Al-Quran :

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

(Surah Al-A’raf, Ayat 96)

 

Salam Ma’al Hijrah,

1 Muharram 1443H/10 Ogos 2021

” MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI “

 

Al-Fadhil Ustaz,

HAJI KHIRUL MUNTANAZAR ISMAIL

Naib Ketua Ulama PAS Pusat

Timbalan Ketua Ulama PAS Negeri Johor

YDP Pas Kawasan Tebrau