Home Rencana PAS Johor

Salam Maal Hijrah 1443H – DUPN Johor

29
SHARE

SALAM MA’AL HIJRAH 1443 H

Dewan Ulamak PAS Negeri Johor berbesar hati ingin mengucapkan “Salam Ma’al Hijrah 1443 H” kepada seluruh umat Islam.

Semoga dengan kehadiran tahun baru hijrah ini dapatlah kita memperbaiki diri kita untuk menjadi yang lebih baik dan bermanfaat kepada orang lain.

Disamping menerima kehadiran tahun baru Hijrah ini juga, kita disunatkan untuk berpuasa sunat sepertimana yang diriwayatkan dalam hadith Nabi SAW yang bermaksud ”

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : “Sebaik-baik puasa selepas puasa di bulan Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang mereka (Orang arab) menamakannya sebagai al-Muharam. Manakala sebai-baik solat selepas solat fardu ialah qiamullail (solat malam).

[Riwayat Muslim]

Semoga kita bersama dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari peristiwa penghijarahan Nabi Muhammad SAW.

“Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”

 

Ustaz Azlisham Azahar

Ketua,

Dewan Ulamak PAS Negeri Johor.