Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 414 kes positìf, 8 kematian hari ini

237
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 7 Ogos: Sebanyak 414 kes positif dan lapan kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 414 kes positif baharu yang dikesan di negeri ini hari ini, 414 kes adalah daripada kategori kes tempatan, tiga kes daripada kategori kes import dan tiada kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Kata laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 198 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 81 kes di Daerah Jasin dan 135 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 502 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 5612 kes masih dirawat dengan 107 kes adalah daripada kes ICU dan 29 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Kes kematian

Menurut JKN Melaka, sebanyak lapan kes kematian baharu dilaporkan hari ini, dengan enam kes direkodkan di Daerah Melaka Tengah dan dua kes di Daerah Jasin.

Secara keseluruhan mangsa kematian terdiri daripada dua wanita dan enam lelaki yang berusia antara 26 dan 71 tahun.

Kluster baharu

Tiada kluster baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini.

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan seramai 15.4 juta rakyat Malaysia telah mengambil satu doz vaksin sementara 8.3 juta pula telah mengambil dua doz lengkap sehingga semalam.

KKM juga melaporkan sebanyak 19,257 kes positf baharu, 210 kes kematian baharu dan 16,323 kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 224,120 kes aktif semasa direkodkan sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia hari ini berjumlah 1,243,852 kes.

Selangor pula masih kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 7084 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 2450 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.