MALAYSIA PRIHATIN : KIBAR JALUR GEMILANG SAMBUT KEMERDEKAAN
Jalur gemilang merupakan lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme rakyat Malaysia serta bersolidariti melawan setiap perkara yang menggugat negara.
Tema “Malaysia Prihatin” bersempena dengan Kempen bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang adalah seiring dengan iltizam dan aspirasi Kerajaan Perikatan Nasional dalam menyemai rasa cinta rakyat pada negara.
Di waktu peperangan pandemik Covid-19 sedang memuncak ini mewajarkan rakyat seluruh negara melahirkan semangat patriotisme yang luar biasa dengan melipatgandakan usaha dan ikhtiar untuk memenangi peperangan ini agar ianya segera berakhir.
Kami menyeru rakyat seluruh negara mengorbankan perbezaan politik dan percanggahan pendapat dalam mempertahankan kedaulatan negara mewajibkan kita semua untuk bersatu.
Mari bersama-sama kita menyahut seruan YAB Perdana Menteri dengan bersolidariti mengibarkan jalur gemilang di kediaman, premis dan kenderaan masing-masing sebagai tanda perpaduan dan permuafakatan disamping terus berdoa agar negara kita kembali pulih dan cemerlang.
Jom kibarkan jalur gemilang sebagai tanda bersatu padu tanpa mengira kaum.
RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)
7 Ogos 2021 | 27 Zulhijjah 1442H
#Merdeka63
#MalaysiaPrihatin
#MenangBersama