Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
SHAH ALAM, 2 Ogos – PAS Kawasan Kota Raja melalui KRCAMALSELANGOR meneruskan pelaksanaan fokus mereka untuk membantu kerajaan dalam Kempen Vaksinasi Kebangsaan
Menurut kenyataan PAS Kota Raja, sudah masuk hari ke-2 mereka menghantar sumbangan sarapan pagi dan makan tengahari untuk para petugas PPV di Hospital Shah Alam.
Perjuangan untuk memastikan para frontliners negara dan rakyat Malaysia berganding usaha dalam memastikan kelancaran Program Vaksinasi ini sangat penting sekarang sebagai satu-satunya ikhtiar negara melawan pandemik COVID-19 yang terbaik.
Sepatutnya fokus parti politik, ahli politik dan para aktivis politik adalah memastikan usaha negara pulih daripada ancaman COVID-19 berjalan dengan lancar, bukan masanya untuk berbalah dan menunjukkan keegoan masing-masing.
Jom bantu kerajaan dan KRCAMALSELANGOR menjayakan satu daripada agenda utama negara sekarang. Program ini akan berlangsung dari 1 Ogos – 31 Ogos 2021.
Hubungi 011 5309 2056 untuk keterangan lanjut.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor