Home Berita PAS Selangor

YDP PAS Kawasan Selayang ber’PPE’ – PAS Kawasan Selayang

14
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

SELAYANG, 1 Ogos – Dengan ‘PPE’ membaluti badan, YDP PAS Kawasan Selayang, Tn Hj Zaidy Abdul Talib memilih untuk membantu para barisan hadapan negara daripada terlibat dalam sebarang perbalahan-perbalahan yang tidak menguntungkan sesiapa dan daripada sebarang tindakan yang akan menyusahkan lagi petugas-petugas barisan hadapan kita.

Beliau berkesempatan menjadi sebahagian daripada petugas yang menguruskan jenazah yang meninggal dunia disebabkan COVID-19 di bawah seliaan Tanah Perkuburan Selayang Baru.

Menurut beliau, jenazah yang diuruskan ini merupakan seorang sahabat daripada PAS cawangan Kampung Selayang Indah dan sebelum ini juga di Kampung Selayang Indah, dalam seminggu lepas, pengerusi suraunya juga meninggal dunia disebabkan COVID-19.

“Masih terbayang-bayang wajah dua orang ini. Macam baru saja berjumpa mereka. Semua yang mengenali dua orang ini menjadi saksi kebaikan-kebaikan arwah”, ujar beliau.

“Jom sahabat-sahabat saya di Facebook ini sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah Hj. Sugeng Jabri dan Arwah Hj. Rahim Pandingah. Semoga keduanya diampuni Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah (Dibaca)”, sambung beliau lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor