Home Rencana PAS Selangor

Peluang bersidang dipersiakan – Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

95
SHARE

May be an image of indoor

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

4 hari Sidang Khas Parlimen berlalu. Sidang yang dikatakan ditunggu-tunggu rakyat terutama ahli-ahli Parlimen pembangkang. Parlimen atas titah Agong akhirnya dibuka walau dalam keadaan darurat dan pandemik Covid-19 yang masih mengganas.

Tujuan dibuka agar suara rakyat dapat diangkat ke badan legislatif tertinggi negara. Isu dan permasalahan rakyat patut dibincang, diperhalusi dan diputuskan demi kebaikan semua.

Kerajaan bersedia membentang dan menjawab persoalan serta menimbang cadangan ahli-ahli Parlimen. Segala yang berhubung dengan isu pandemik ini dan pelan pemulihannya akan dibentangkan.

Akan tetapi apa yang berlaku sepangang 4 hari?

Suara sumbang dan lantang dari bangku pembangkang lebih bernafsu menggegar dewan dengan tuntutan PM letak jawatan, Speaker letak jawatan, Menteri Undang-undang letak jawatan, undi tidak percaya perlu dipanggil, kerajaan patut bertukar tangan, kerajaan gagal!

Bukankah tujuan asal Parlimen dibuka dulu untuk memberi peluang berbincang berkenaan isu mendesak pandemik ini? Lain ditunggu lain yang datang.

Ternyata membuka pintu pagar Parlimen bagi pembangkang khasnya PH yang didominasi DAP bukannya kerana mahu menyumbang ke arah membantu kerajaan memerangi pandemik ini tetapi sebenarnya mereka telah punya agenda sendiri, sarat dengan “politiking” dan dendam kesumat kemarukkan kuasa.

Terkorbanlah 4 hari dengan Parlimen menjadi medan maki hamun, jerit-pekik, gegak gempita, bersungguh mahu mempamirkan kerakusan mereka untuk mahu merampas kuasa.

Bukan mereka mahu dengar dan menyumbang ke arah membantu rakyat dan negara keluar dari kemelut pandemik ini, tetapi mereka mahu mencuri peluang untuk mengaib dan menjatuhkan kerajaan.

Rakyat telah dengar sendiri gelagat dan aksi biadap mereka Mereka sahaja yang betul dan cekap, kerajaan yang ada gagal. Seolah mereka lupa langsung bahawa 22 bulan mereka sebagai kerajaan dulu itulah kerajaan gagal yang sebenarnya.

Kini akibat kegelojohan dan kerakusan nafsu mereka negara berhadapan krisis Perlembagaan pula. Sudahlah kita terhimpit angkara pandemik ini kini muncul pula krisis baru.

Puas hati agaknya Anwar dan konco-konconya.

Apa pun kita yakin rakyat kini sedar. Yang petmata tetap permata yang kaca tetap kaca. Yang wangi tetap wangi yang busuk tetap busuk.

Kerajaan ini perlu disokong dan diperteguhkan agar bersama kita menangani pandemik ini sehingga mampu pulih kembali.

Pandemik ini sebagaimana nafsu serakah pembangkang jika tidak dibendung akan menjahanamkan negara.

Moga kita segera berjaya pulihkan negara melalui pelan pemulihan kerajaan dan kegigihan pengorbanan para “frontliners” serta kematangan dan kebijaksanaan kepimpinan negara.

“No Covid No Anwar No PH”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor