Home Berita PAS Selangor

Sumbangan prihatin KMNS ke Hospital Kajang – Pengurus Operasi KMN Selangor

8
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

KAJANG, 30 Julai – Satu majlis penyerahan sumbangan peralatan keperluan hospital bagi wad kecemasan bernilai RM25 ribu yang telah diserahkan oleh wakil-wakil NGO Khidmat Malaysia Negeri Selangor kepada Pihak Hospital Kajang di hadapan bangunan Wad Bersalin pagi tadi.

Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) hadir kali ini bersama NGO PAPISMA Selangor, Kota Raja CARE, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor, Kumpulan Wanita Islam Kapar hadir dalam misi menyampaikan sumbangan peralatan seperti berikut;

1) Kipas 14 unit
2) Oxygen concentrator 5 unit
3) Pulse oximeter 23 unit
4) Glucometer 10 unit
5) BP monitor 3 unit

Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Ustaz Noor Najhan Salleh bersama, Timbalan Pengerusi Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin, Bendahari KMNS Dato Rushdan Rusmi dan Ms (Dr) Afizah daripada PAPISMA sempat berkunjung ke Pejabat Pengarah Hospital Kajang, Dr Abdul Ghani bin Abdul Jalil bertanya khabar dan berkongsi perkembangan Hospital Kajang.

Turut hadir, Pimpinan Yayasan Amal Selangor Tuan Azri, Sdr Azman dan Tuan Nasri dalam majlis penyampaian sumbangan tadi. Dr Abdul Ghani dalam pertemuan tadi mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan besar yang diberikan oleh orang ramai melalui NGO Khidmat Malaysia, dan berharap hubungan baik ini akan berterusan agar NGO terus dilihat sebagai penghubung antara rakyat dan pihak hospital.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor