Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 8 keluarga – JAMK Ampang

11
SHARE

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

AMPANG, 31 Julai – Aktiviti Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) diteruskan lagi pada kali ini. 2 buah keluarga berbangsa India dan sebuah keluarga warga Indonesia telah menerima kit bantuan makanan. 2 buah keluarga lagi yang dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat juga telah menerima bantuan pada kali ini.

Setakat tarikh ini jumlah keseluruhan penerima kit bantuan daripada JAMK Ampang adalah sebanyak 72 buah keluarga. Penyampaian kit bantuan makanan asas pada kali ini telah disampaikan oleh Sdr Afif Farhan, Capten Zainan, Nik Izme Afendy dan Tuan Haji Mohamad Fadzil.

Dua buah keluarga pertama yang menerima kit bantuan makanan kali ini adalah kerana mereka sekeluarga telah dikuarantinkan kerana mempunyai ahli keluarga serumah yang positif Covid-19. Kedua-dua buah keluarga menyewa di Flat Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara, Ampang.

Penerima ketiga sepasang suami isteri yang mempunyai 5 orang anak dan tinggal di Flat Prima Permai, Bukit Ampang. Ketiadaan kerja dan terputus pendapatan dan mempunyai anak yang masih kecil. Mereka telah menerima 1 kit bantuan makanan. Bantuan susu dan pampers akan menyusul kemudian.

Penerima keempat keluarga berbangsa India, daripada atok, nenek sehingga ke cucu tinggal serumah dan menyewa di Pangsapuri Kosas Utama, Ampang. Akibat pendapatan yang terjejas akibat pendamik ini si ibu telah memohon bantuan. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima kelima juga adalah keluarga berbangsa India yang tinggal di Flat Taman Ampang Mewah. Si anak yang masih menjaga ibu dan ayah telah terjejas pendapatan akibat kerja yang tidak menentu. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima keenam keluarga warga Indonesia yang masih mempunyai anak kecil dan menyewa di Flat Seri Nilam, Bandar Baru Ampang. Telah kehilangan kerja lebih dari 3 bulan akibat pendamik ini. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima ketujuh seorang anak lelaki menyewa bersama isteri dan anak-anak serta tinggal bersama orang tuanya di Flat Merpati, Pandan Indah. Telah memohon akibat berkurangnya pendapatan dari kerja yang tidak menentu. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima kelapan sebuah keluarga besar dari si atuk nenek, anak yang telah berkahwin dan yang belum berkahwin serta lebih dari 10 orang cucu menyewa satu unit di Flat Pandan Ria, Kg Baru Ampang. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Kepada yang ingin membantu mereka yang sangat memerlukan bantuan makanan ketika diserang kesusahan akibat pendamik ini, boleh hubungi pihak JAMK Ampang di inbox mereka untuk serahan sumbangan barang makanan atau terus salurkan ke akaun berikut:-

No Akaun : 8604427663
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor