Home Rencana PAS Melaka

Pena editor Melaka | Bukan demi rakyat sangat pun…

189
SHARE

BERMULA 26 Julai lepas Parlimen pun bersidang untuk kali pertama semenjak berlakunya darurat. Sekian lama Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya dalam Jajaran Baharu menuntut segera diadakan Sidang Parlimen. Kata mereka kununnya nak membincangkan masalah rakyat.

Tapi semua tu BOHONG sahaja. Sepanjang pembentangan dalam Sidang Khas Parlimen yang baru berlalu mereka tidak ada memberikan apa-apa cadangan untuk mengatasi masalah Covid-19 pun.

Yang mereka tahu nak mendesak Perdana Menteri letak jawatan. Apa sahaja yang berlaku semua akan menjurus kepada mendesak Muhyiddin letak jawatan. Air di cafe Parlimen kurang manis pun Muhyiddin kena letak jawatan! Mikrofon dewan lambat on pun Muhyiddin kena letak jawatan! Aircond Parlimen sejuk sangat pun Muhyiddin kena letak jawatan!

Itu sahaja yang Pakatan Harapan dan sekutunya Jajaran Baharu tahu. Semuanya sebenarnya untuk kepentingan peribadi mereka sahaja. Dah kemaruk sangat nak jadi PM!

Mereka menyandarkan semua desakan kepada rakyat, kununnya untuk rakyat, demi rakyat, nak bantu rakyat, hakikatnya mereka cuba dengan liciknya mencari peluang untuk menukar kerajaan di saat Covid-19 ini. Betapa busuknya hati mereka!

Dan hari ini mereka hantar orang-orang untuk berdemonstrasi di saat Covid-19 sedang menggila. Mereka sendiri tak ubah macam orang gila!

Bukan mereka tidak boleh menukar kerajaan, tapi tunggulah masa yang sesuai. Muhyiddin itu seorang pemimpin yang berakal dan bertanggungjawab. Bukan untuk selamatkan dirinya, tapi untuk selamatkan Malaysia.

Muhyiddin pun tahu pemimpin-pemimpin PH dan Jajaran Baharu ni bukan berakal sangat. Mereka akan buat apa sahaja untuk berkuasa walau pun kesihatan dan nyawa rakyat jadi taruhan.

Saya percaya rakyat kenal siapa sebenarnya PH dan sekutunya Jajaran Baharu ini. Banyakkanlah berdoa kepada Allah swt semoga kita dilindungi daripada ahli-ahli politik tidak berakal ini. Jika mereka berkuasa, nauzubillah! Minta dijauhkan!

IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka
Jabatan Penerangan PAS Melaka