Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR
YANG JELAS GAGAL TERCATAT DALAM SEJARAH ADALAH KERAJAAN PH
Pesuruhjaya PAS Selangor
PH bukan sahaja gagal mengurus sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat, penuh pengharapan dengan janji-janji manis ‘bulan dan bintang’ manifesto PRU-14 yang gagal ditunaikan.
Setelah diberikan sebuah kerajaan asyik bercakaran pula untuk berebut jawatan Perdana Menteri, genetik langkah Kajang memang telah membarah dikalangan PH. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia Perdana Menteri (yang mereka dewa-dewakan) meletak jawatan lalu Kerajaan Perikatan Nasional inilah yang mengambil tanggungjawab untuk mengurus negara kita.
Tak dapat dibayangkan oleh seluruh rakyat Malaysia sekiranya mereka masih mentadbir negara Malaysia yang kita cintai, wirid PH “Malaysia sudah tidak ada duit disebabkan telah habis digunakan oleh kerajaan sebelum itu” sehingga kerajaan PH meminjam kewangan dari negara matahari terbit. Berapa banyak lagi mereka akan pinjam dari negara luar kalau PH masih memerintah atau rakyat Malaysia akan mati kebulur.
Hakikatnya semenjak PN mentadbir negara ini, tidak pun meminjam sumber kewangan dari negara luar. Ada saja sumber kerajaan dan dalam negara untuk mengurus negara dalam menangani wabak Covid-19, beratus billion jumlahnya.
Hakikatnya kegagalan mereka menghalang pelancong dari negara China menyebabkan perebakan Covid-19 di Malaysia pada peringkat awal. Teringat saya genetik PH menyatakan Selangor masih belum kritikal apabila Kerajaaan Persekutuan akan memerintahkan PKP di seluruh negara termasuk Selangor seolah-olah yang mereka mahu atasi adalah nombor dan bukan nyawa rakyat Malaysia.
Apa lagi yang mahu rakyat Malaysia harapkan dari PH, yang nyata dikejar oleh mereka adalah jawatan bukan kesejahteraan rakyat yang harus diperjuangkan. Sidang Khas Parlimen yang akan berlangsung untuk membahaskan kelangsungan kesejahteraan rakyat, sudah ada bunga-bunga untuk dijadikan gelanggang untuk menukar kerajaan. PH ni tidak serik, hanya sekadar beretorika semata-mata.
13 Zulhijjah 1442H | 23 Julai 2021
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor