Home Rencana PAS Selangor

Penipuan berantai PH : Dari manifesto ke penyelesaian Covid – KPen PAS Selangor

197
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "SEJARAH HITAM 22 Bulan PH Memerintah"

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor

Oleh : Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan PAS Selangor

Sejarah dan perkara yang lalu tidak boleh dipadamkan lebih-lebih lagi dalam urusan bernegara dan melibatkan awam. Gunalah apa cara propaganda sekalipun ianya tersemat kemas dalam rekod yang akan diingati sampai bila-bila.

Rakyat Malaysia amat sedar, perbuatan PH lah yang menyebabkan kerajaan dan negara terumbang ambing selama tempoh 22 bulan mereka memerintah. Sehingga berlaku perletakkan jawatan dan peralihan kerajaan hasil salah catur mereka sendiri.

Namun semua maklum, PH tidak akan mengaku kegagalan dan kesalahan mereka. Mereka mencari “mangsa” untuk ditunding jari. PAS lah “mangsa” nya. Perdana Menteri ke 7 menghantar surat perletakkan jawatan pada 24 Februari 2020 salahkan PAS. Parti Bersatu pimpinan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yasin memutuskan keluar daripada PH pada hari yang sama PM ke 7 letak jawatan juga salahkan PAS. Kerajaan PH hilang arah, tiada PM, Ahli Parlimen tarik sokongan dari PH, salahkan PAS. Tan Sri Muhyiddin Yasin mendapat sokongan Ketua Parti dan majoriti Ahli Parlimen mengakuinya di hadapan YDPA salahkan PAS. YDPA perkenan isytihar TSMY sebagai Perdana Menteri ke 8 dan majlis Istiadat Mengangkat Sumpah pada 1 Mac 2020 juga salahkan PAS. Itu lah “jasa” PH sepanjang tempoh kegelutan ini.

Kini, kes Covid-19 yang sedang ditangani oleh Kerajaan PN dengan memperuntukkan dana yang besar, perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara serta usaha meningkatkan vaksinasi kepada rakyat dengan gigih, membela dan meringankan beban kehidupan rakyat dengan pelbagai insentif, mengajak rakyat agar sama-sama berjuang melawan wabak sepertimana dunia hari ini masih dan sedang bertarung. PH datang dengan momokkannya serta ilusi dramanya bahawa Kerajaan PN gagal. Itu lah sandiwara mereka.

Selepas satu penipuan bahawa manifesto bukan kitab suci untuk menghalalkan penipuan mereka, meraih singgahsana kerajaan. Rakyat ditipu “atas darat, siang hari cerah membuta” tanpa rasa bersalah. Kali ini, membawa episod bahawa PH akan mampu menyelesaikan kes Covid-19. Sandiwara penipuan yang akan kembali berlaku memenuhi panggung pawagam denyut nadi rakyat.

Sudah lah. Penipuan PH yang berantaian, dari manifesto sehingga penyelesaian kes Covid-19. Rakyat sudah tahu.

13 Zulhijjah 1442H | 23 Julai 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor