Home Berita PAS Selangor

Mangsa 7 buah rumah dijilat api telah diberi bantuan – PAS Kawasan Tanjong Karang

46
SHARE

 

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

TANJONG KARANG | Baru-baru ini rakyat Tanjong Karang telah dikhabarkan dengan berita dukacita mengenai berlakunya kebakaran di Taman Seri Tanjong, Tanjong Karang yang telah melibatkan tujuh buah rumah.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tanjong Karang telah menyampaikan sedikit bantuan kepada tiga orang mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Taman Seri Tanjong tersebut.

Tiga orang daripada tujuh magsa kebakaran telah menerima secara terus dari wakil LKK PAS Kawasan Tanjong dan empat orang lagi yang berbaki belum menerima, kini berada di Pusat Pemindahan dan telah diamanahkan pemberian bantuan tersebut kepada wakil taman Cikgu Hussin.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang mereka hadapi dan semoga kesemua mangsa kebakaran ini dapat terus tabah dalam menghadapi ujian ini, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor