ALOR SETAR – Penolong Setiausaha 2 Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Azwan Affendy Zahidi kini sedang menderita sakit bisul di bahagian peha yang agak kritikal sehingga perlu menjalani pembedahan.
Beliau yang juga Setiausaha Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Kedah dan Pengarah Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (Ilham) Negeri Kedah sedang menerima rawatan di Hospital KPJ Perda, Pulau Pinang sejak beberapa hari yang lalu
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Yusuf Ahmad ketika dihubungi mengesahkan Dewan Ulamak sedang melancarkan sumbangan derma bagi membantu membiayai kos rawatan Ustaz Azwan.
Dimaklumkan pada pembedahan kali pertama pada Isnin lalu, sebanyak 1.5 liter nanah telah dibuang melalui bisul tersebut, dan dijangka kos rawatan keseluruhan adalah sebanyak RM30 ribu bagi menjalani pembedahan kedua untuk pembuangan nanah serta rawatan susulan.
Sehubungan itu mereka yang ingin menderma boleh menymbang melalui akaun bank Dewan Ulamak Pas Kedah 02011010026306 (Bank Islam Malaysia Berhad). Sebarang pertanyaan dan makluman transaksi boleh hubungi Ustaz Ismail Hashim di talian 019-5515985.