PROGRAM RINDOK DEKAH!
Khamis,8 Jun- “Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya”. Begitu juga dengan kita hari ini. Semoden mana pun generasi kini, warisan dan tradisi nenek moyang kita takkan luput ditelan zaman. Oleh sebab itu, PAS Cawangan Hilir Sebuyau dengan kerjasama PAS Kawasan Batang Lupar telah menganjurkan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk bersama penduduk setempat.
Program kemasyarakatan ini melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan jantina termasuklah golongan kanak-kanak yang turut sama hadir untuk memeriahkan program. Benarlah kata orang,
“Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat”. Bermula dari proses penyediaan ramuan dan bahan dan berakhir dengan pengedaran bubur lambuk itu menjadi mudah dan cepat berkat kerjasama yang dijalinkan oleh penduduk-penduduk kampung tersebut.
Akhir sekali, Program Rindok Dekah! ini diharapkan dapat menggembirakan semua penduduk yang terlibat sama ada yang membuat, yang mengedar dan juga yang menerima bubur lambuk tersebut. Semoga bubur lambuk yang diterima menjadikan ‘sungkey’ mereka lebih bermakna.
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut yang bermaksud:
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
#PASKawasanBatangLupar
#KamekPrihatin
#KamekSayangSarawak
#SarawakSejahtera
{jathumbnail off}