Home Berita PAS Perlis

Pemuda PAS Kangar Anjur Iftar Rai Anak Muda

797
SHARE

KANGAR : Bertempat di perkarangan rumah Saudara Zulkifli Salleh di Kampung Batu Pahat, Bintong, satu program iftar anjuran Dewan pemuda PAS Kawasan Kangar telah diadakan bertujuan meraikan golongan muda di DUN Bintong serta merapatkan silaturahim dengan mereka yang terus memberikan sokongan kepada perjuangan PAS.

Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Yussaine Yahya selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 juga merangkap Yang Dipertua PAS Kangar dan Setiausaha PAS Kawasan Kangar, Saudara Abdul Jamil Kamis yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Bintong.

Majlis dimulakan dengan sesi ucapan yang disampaikan oleh Dr Safizi bin Saidon selaku Timbalan Ketua Pemuda Pemuda Perlis juga Ketua Pemuda PAS Kangar dan seterusnya para hadirin menikmati juadah berbuka puasa serta solat Maghrib secara berjemaah.

Menurut pengarah program, Ustaz Asrul ‘Aimran program sebegini adalah progam yang dilaksanakan setiap tahun bertujuan menyantuni golongan muda yang menjadi golongan teramai menyokong perjuangan PAS khususnya dalam Kawasan Kangar.

“Kita sudah adakan majlis sebegini di DUN Kayang dan Indera Kayangan manakala untuk DUN Sena dan Kuala Perlis program sebegini akan menyusul selepas ini iaitu pada minggu hadapan.”

Menurutnya lagi, pendekatan turun padang sebegini telah terbukti mampu menarik golongan muda untuk turut serta dalam perjuangan PAS di peringkat UPU dan juga MTD.

{jathumbnail off}