Home Berita PAS Selangor

70 kampit beras daripada PAS Selangor – JAMK Hulu Langat

122
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | “Syukur bila dimaklumkan ada tambahan bekalan 70 kampit beras untuk Bakul Makanan Bantuan Covid-19”, nyata JAMK Hulu Langat. Mereka telah bergegas ke pejabat PAS Selangor di Shah Alam untuk menerima bekalan 70 kampit beras tersebut.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Hulu Langat mewakili PAS Kawasan Hulu Langat mengambil beras sumbangan tersebut untuk diedarkan kepada para penerima di kawasan Hulu Langat

Misi kebajikan bantuan Covid-19 kepada mereka yang memerlukan di Parlimen Hulu Langat akan diteruskan. PAS Kawasan Hulu Langat turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Selangor atas sumbangan tersebut.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor