Home Berita PAS Selangor

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul – Ketua Pemuda DPPK Hulu Langat

12
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Zurk Ahmad
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

Hulu Langat | Setelah beberapa minggu sebelum ini (atas beberapa kekangan) sekadar memerhati sahabat-sahabat Pemuda Pas Hulu Langat bertungkus-lumus mengedarkan kit kebajikan, alhamdulillah hari ini saya dapat bersama mereka.

Rumah terakhir yang dikunjungi, saya menyampaikan duit zakat yang diamanahkan oleh seorang hamba Allah kepada seorang ibu tunggal yang baru kehilangan suami.

Kak Shila mempunyai seorang anak lelaki tunggal kini menetap di Sungai Michu, Hulu Langat. Sebelum ini suami beliau sering berulang-alik ke Hospital Ampang selama beberapa tahun untuk rawatan kanser. Kali terakhir dimasukkan ke wad pada Jun lepas.

Beberapa hari selepas discaj, suami beliau dihubungi untuk membuat ujian swab kerana dikatakan kontak rapat dengan seorang petugas hospital semasa di wad. Mereka sekeluarga disahkan positif. Kak Shila dan anaknya tidak teruk tetapi suami yang sememangnya tidak sihat sangat terkesan dengan virus yang menyerang.

Akhirnya, pada 30 Jun 2021 lepas suami Kak Shila yang mengalami komplikasi teruk disahkan meninggal dunia. Gelap. Sedih. Sebak. Beliau telah kehilangan orang yang tersayang.

Kak Shila yang berasal dari Melaka dan tidak mempunyai saudara kini tinggal berdua dengan Izat. Saya tidak dapat berbual lama kerana kesian melihat beliau bercakap bersulam cucuran air mata.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Kak Shila tabah meneruskan kehidupan. Sempat saya berpesan pada anaknya, Izat yang kini pelajar tingkatan 4 di SMK Abdul Jalil supaya belajar rajin-rajin. Kelak dapat bantu mama. Dia menggangguk sayu…

Terima kasih kepada penyumbang yang sangat prihatin.
Yang ingin terus membantu kami melaksanakan kerja kebajikan di Hulu Langat ini boleh menghulurkan sumbangan melalui Bank Islam Hulu Langat Prihatin No. Akaun 12029010071359 atau hubungi 0103594409. Terima kasih.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor