Home Rencana PAS Selangor

Hari Arafah adalah hari kebesaran dalam Islam – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

107
SHARE

May be an image of 3 people and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Hari Arafah adalah satu hari kebesaran di dalam Islam yang mempunyai banyak kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Umat Islam yang bukan di dalam keadaan melaksanakan ibadah Haji disunatkan bagi mereka untuk berpuasa sunat pada hari Arafah. Kelebihan yang diberikan kepada mereka yang berpuasa adalah dosanya yang setahun lalu akan dihapuskan oleh Allah SWT sebagaimana di dalam hadis yang berbunyi:

Daripada Abu Qatadah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya: “Puasa hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya.” (Riwayat al-Tirmizi, no. 680, hadis hasan)

Selain daripada berpuasa sunat hari Arafah turut menjadi saksi, walaupun berbeza latar belakang dan warna kulit mereka mampu disatukan di bawah satu payungan akidah Islam tatkala mereka mengerjakan Haji berwuquf pada tempat dan waktu yang mulia di padang Arafah.

Maka rebutlah peluang yang hadir ini. Semoga amalan kita akan dinilai dengan sebaik-baiknya oleh Allah SWT.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor