Home Rencana PAS Kelantan

Sepuluh hari terbaik dalam setahun

290
SHARE
Terhimpunnya solat, puasa, sedekah dan haji dalam sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah ini. Tidak berlaku pada bulan-bulan lain.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ”، يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ.
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟
قَالَ: “وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ”.
Maksudnya: “Tiada hari yang mana amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini”. Yakni sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, tidak juga jihad pada jalan Allah?
Baginda menjawab: “Tidak juga jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan hartanya, lalu dia tidak pulang dari yang demikian dengan sesuatu pun”.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, apa yang zahir ialah keistimewaan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah ini adalah kerana terkumpul padanya ibadat-ibadat yang utama, iaitu: solat, puasa, sedekah dan haji, yang mana ini tidak berlaku pada bulan-bulan lain. Dan terdapat kebarangkalian bahawa kelebihan tersebut tidaklah khusus kepada orang yang mengerjakan haji sahaja.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil peluang pada sepuluh hari terbaik dalam setahun ini, untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan pelbagai ibadat, terutamanya sedekah, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana ramai yang mengalami kesukaran hidup akibat wabak yang masih melanda.
Semoga negara tercinta kita dirahmati dan diberkati dengan pengorbanan besar-besaran seluruh warganegara, sehinggalah hari kemuncak nanti iaitu Hari Raya Korban. Āmīn Yā Rabbal ‘Ālamīn.
MOHD AMAR ABDULLAH | 1 ZULHIJAH 1442
Pondok Tok Ayah Kedah, Kelantan Darul Naim