KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat
25 ZULKAEDAH 1442 l 06 JULAI 2021
LIM KIT SIANG; JANGAN BERMAIN API
1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengecam sekeras-kerasnya kebiadapan Lim Kit Siang serta penghinaannya terhadap kesucian agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 3(1) sebagai agama bagi Persekutuan.
2. Sikap biadap Lim Kit Siang ketika memberikan respon segera kepada tulisan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang melalui laman Facebook menzahirkan kebencian beliau terhadap agama Islam selaku pemimpin veteren parti DAP.
3. DUPP menyeru semua pihak agar membuka mata melihat perwatakan sebenar DAP yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan penghinaan terhadap agama Islam dengan perbuatan melampau sehingga berani mempersendakan nama Allah SWT.
4. Perbuatan seperti ini tidak boleh dibiarkan sama sekali, bahkan tindakan segera perlu diambil ke atas Lim Kit Siang atas penghinaan dan sikap melampau yang dilakukan. DUPP mendesak supaya Lim Kit Siang segera meletakkan jawatan dalam dunia politik. Ini kerana ahli politik yang biadap seperti beliau tidak layak berkhidmat kepada negara apatah lagi menjunjung tinggi aspirasi perlembagaan.
5. DUPP juga memberikan peringatan kepada mana-mana pihak yang bercita-cita untuk membina jajaran baru bersama DAP ini supaya berfikir dengan lebih rasional dan mendalam akan implikasi yang bakal menimpa negara, khususnya berkait dengan kedudukan agama Islam.
6. DUPP percaya tindakan PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan DAP semasa dalam Pakatan Rakyat adalah tepat demi menjaga maslahah agama dan kehormanian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
7. DUPP menyeru seluruh umat Islam agar mengukuhkan kesatuan serta tetap teguh mempertahankan agama Islam dan bersikap tegas terhadap apa-apa tindakan yang mengugat kesuciannya. Ketegasan ini selaras dengan Firman Allah SWT:
مُحَمَّدٌ رَسولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذينَ مَعَهُ أَشِدّاءُ عَلَى الكُفّارِ رُحَماءُ بَينَهُم
Yang bermaksud: “Nabi Muhammad (SAW) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).” (Al-Fath: 29)
Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,
Ahli Parlimen (Pasir Puteh)