Home Berita PAS Selangor

PKPD seluruh Selangor hadiah kerajaan negeri PH yang gagal – Setiausaha BPPN Selangor

306
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "TERKINI 1 JULAI 2021 ይ PKPD Selangor, KL Semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kediaman kecuali seorang wakil untuk beli barangan keperluan asas hanya dalam radius 10KM BULETINV www.buletintv3my Buletin TV3"

Nadi Selangor By Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha PAS Negeri Selangor

Hadiah dari kelemahan dan kegagalan kerajaan PH Selangor, kini warga Selangor berhadapan dengan masa depan yang kelam dan tidak menentu.

PKPD melibatkan hampir seluruh Selangor ini pasti akan menganggu dan menjejaskan aktiviti dan kehidupan rakyat,, berat menerimanya tetapi apabila angka jangkitan di Selangor mencecah 2, 885 hari ini yang mengakibatkan angka jangkitan dalam negara mencecah ke 6,988 dengan 41.28% sahaja datang dari Selangor, kita tiada pilihan.

Apa jadi dengan kerajaan negeri PH ini? Apa sumbangan MB dan EXCO nya selama ini? EXCO Kesihatan dari PAN buat apa, selain menuding jari dan menyalahkan orang lain? Apa cerita Task Force Covid 19 Selangor yang ditubuhkan kerajaan negeri dan dipengerusikan bekas Menteri Kesihatan PH? Gagal semuanya?!

Jika beginilah nasib anak negeri lebih baik kerajaan negeri kibarkan sahaja bendera putih – serah diri. Biar kerajaan Persekutuan melalui MKN mengambil-alih urusan kerana walau negeri ini maju dan kukuh kewangannya ternyata parti yang memerintah cukup lemah dan gagal.

Rakyat Selangor bersedialah menghukum PH dalam PRU ke 15 nanti.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor