AWAN Takut Dengan Bayang – Bayangnya Sendiri
DMPNT menyokong penuh kenyataan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berhubung artikel yang bertajuk ‘Jangan Mudah Lupa Sehingga Ditipu Berulang Kali ‘
Ingatan yang perlu diberi perhatian serius oleh rakyat yang pernah terpedaya dengan dakyah PH agar tidak sekali lagi ditipu di PRU15.
Dakwaan Pengerusi Angkatan Wanita Amanah Negara(AWAN) Terengganu dan Kelantan yang kononnya kenyataan Dato Seri Tuan Guru berpotensi membawa perpecahan umat Islam di negara ini amatlah tidak masuk akal.
Menurut Tuan Guru, Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu telah memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH), kerana ramai tertarik dengan janji yang diucapkan dan ditulis, termasuklah janji yang mustahil dilaksanakan dalam masa yang singkat. Bahkan ada juga janji yang dikatakan boleh ditunaikan dalam tempoh yang pendek dalam sehari semalam. Adapun yang tersurat dalam manifesto, masih boleh dibaca semula.
Ini bukanlah sekadar dakwaan, tetapi sudah jelas dan terbukti ianya hanya omong-omong kosong PH untuk memenangi PRU14.
Pada hakikatnya kenyataan Tuan Guru membongkar wajah sebenar pimpinan PH yang bersedia bersekongkol dengan sesiapa sahaja, termasuklah musuh agama, umat dan negara sehingga sanggup bersama dengan golongan yang nyata bersikap ekstrem terhadap Islam, umat dan raja.
Dengan kenyataan berkenaan juga wajar diberi perhatian oleh generasi muda yang tidak menyaksikan peristiwa lalu, janganlah mudah terpengaruh dengan media tanpa sempadan yang akan membawa penyesalan di dunia dan akhirat yang sudah tidak berguna lagi penyesalannya.
DMPNT menyifatkan tindakan AWAN itu seolah-olah takut dengan bayang – bayang sendiri apabila memaksa ditarik balik kenyataan oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang bartajuk “Jangan Mudah Lupa Sehingga Ditipu Berulang Kali ‘
Justeru DMPNT menegaskan tindakan tersebut amat tidak wajar dan sebagai Muslimat PAS, kami akan sentiasa bersama Dato Seri Tuan Guru Presiden untuk mengingat dan menyedarkan umat Islam tentang kebobrokkaan PH selama 22 bulan memerintah Malaysia yang disaksikan sendiri oleh umat Islam supaya tidak sekali lagi melakukan kesilapan.
To Puan Hajah Zarani Othman
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT)
30 Jun 2021