Home Berita PAS Kedah

Timbalan Menteri ketuai Ops pematuhan SOP

162
SHARE

KUBANG PASU – Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim telah mengetuai Operasi Pematuhan bersama para penguat kuasa kilang di Jitra, hari ini.

Antara diperiksanya adalah kilang yang beroperasi menghasilkan produk jenis makanan kesihatan, penjagaan diri, kosmetik, penjagaan rumah dan sistem rawatan air.

Operasi ini antaranya tujuannya untuk memantau tahap kepatuhan pemain industri terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dilaksanakan.

“Pematuhan ini penting agar sektor industri yang dibenarkan beroperasi ini tidak menjadi punca kepada lebih banyak penularan COVID-19,” ujar beliau.

Maklum beliau, sehingga kini jumlah majikan yang telah diperiksa adalah sebanyak 19,981 dan melibatkan sejumlah 108,877 buah penginapan.