Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kota Raja | Program sumbangan pek kecemasan lockdown yang dikendalikan oleh KRCAMALSELANGOR di sekitar kawasan Kota Raja masih lagi diteruskan secara harian kerana mereka yang memerlukan terus bertambah disebabkan terjejas pendapatan dengan teruk ataupun kematian sumber pencari rezeki sekeluarga berikuta kes Covid yang semakin mengganas dan dalam keadaan PKP.
Berikut merupakan antara penerima-penerima yang telah mendapat bantuan sumbangan pek kecemasan lockdown daripada KRCAMALSELANGOR :
1. PAS Kawasan Kota Raja telah menerima mesej daripada Isteri Allahyarham Raju Abdullah (muallaf) yang memohon bantuan barang keperluan asas. Namun, sedikit komplikasi telah berlaku menurut PAS Kota Raja bahawa mereka kehilangan ruang berbual bersama pihak pemohon bantuan akibat perubahan nombor telefon.
Alhamdulillah, berkat doa dapat dipertemukan semula dengan keluarga ini. Sedikit maklumat tambahan mengenai keluarga ini, Allahyarham Raju Abdullah telah meninggal dunia lebih 2 tahun dahulu meninggalkan 5 anak yang salah seorangnya adalah Down Sindrom dan isteri serta anaknya masih belum Islam.
2. Seterusnya sumbangan KRCAMALSELANGOR untuk 3 buah keluarga yang kehilangan pendapatan kerana suami yang merupakan sumber pendapatan keluarga mereka telah diberhentikan kerja sejak lockdown diperkuatkuasakan.
3. Sumbangan berikutnya untuk sebuah keluarga angkat KRCAMALSELANGOR yang terdiri daripada 5 orang anak-anak yang ditinggalkan tanpa berita oleh ayah mereka hingga kini manakala ibu mereka mencari rezeki dengan menjaga anak-anak jiran serta menjual tapai daun getah bagi menyara seluruh keluarga.
Sebanyak 100 pek makanan siap bermasak oleh dapurAmal KRCAMALSELANGOR telah diedarkan dan sayur-sayuran segar organik kebunAmal KRCAMALSELANGOR juga turut diedarkan kepada para penerima sumbangan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor