Oleh: TAHIRAH MAT HUSSAIN
PEDU, 22 Jun : Dalam suasana pandemik dan PKP yang masih ada, ramai masyarakat yang terkesan kerana tidak dapat bekerja bagi menyara keluarga.
Atas rasa keperihatinan yang tinggi Tuan Haji Mohd Radzi Md Amin selaku wakil rakyat DUN Pedu berusaha menyampaikan bantuan yang ada kepada penduduk miskin di sekitar dun Pedu pada pagi semalam Selasa 22 Jun 2021.
Bantuan yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Padang Terap dapat membantu mengurangkan beban 50 keluarga yang tergolong dalam kalangan asnaf miskin.
“Saya harap dengan bantuan ini dapat membantu penduduk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik”, kata YB. Tambah beliau, terima kasih kepada pihak JKM Padang Terap yang turun padang membantu golongan ini.
Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Padang Terap, Tuan Haji Nasir bin Abu Bakar dan penghulu tekai kiri Nasrulsafarin bin Ahmad Razi turut sertai menjayakan aktiviti kali ini.