Home Berita PAS Kedah

Keluarga miskin dapat bantuan rumah baru

525
SHARE

JENERI,23 Jun : Sebuah keluarga di Kampung Sungai Semiar Mukim Jeneri, Sik tersenyum gembira selepas menerima kunci rumah baharu hari ini yang siap dibina hanya dalam tempoh 3 bulan sahaja dengan keluasan 32’x20′.

Mohamad Faisol bin Muhammad dan sekeluarga mendapat Bantuan Rumah Baharu di bawah Program Better Brighter Home @ Projek Baiti Jannati, satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB peringkat Negeri Kedah tahun 2021 dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jeneri, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor (Menteri Besar Kedah).

Penyerahan kunci disampaikan oleh Pegawai Khas Kawasan II Kepada Menteri Besar, Haji Badrul Hisham bin Abdul Rahman bagi mewakili YAB ADUN Jeneri dengan diiringi Pengurus(Pulau Pinang/Kedah/Perlis) – bahagian Startegi dan Kawal Selia TNB, YBhg. YM Ku Abdul Razak bin Ku Ismail.

“Saya dan sekeluarga nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi yang juga ADUN Jeneri dan TNB Kedah atas bantuan rumah baru untuk kami sekeluarga.” kata Faisol. “Bantuan pembinaan rumah baharu ini dilengkapi dengan bantuan perabot dan katil, InsyaAllah, lepas PKP ni penghantaran barangan tersebut akan dihantar.” ujar YM Ku Abdul Razak. Terima kasih kepada TNB di atas bantuan ini kepada Mohamad Faisol dan sekeluarga.