KOTA SETAR – Anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah Zon Utara komited bantu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Setar membuat edaran pek makanan kepada yang terjejas sempena PKP 3.0.
“Kini seramai lima anggota kami bertugas sepenuh masa dari jam 9pagi sehingga 5petang. Edaran yang kami buat adalah meliputi 28 mukim di Daerah Kota Setar ini.”
“Kesemua petugas kami membantu tanpa dibayar sebarang elaun tetap dan pihak kami telah memberikan bantuan tenaga ini sejak dari PKP pertama lagi”ulas Pemantau Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah Zon Utara, Sdr Ahmad Shfparin bin khalid.
Tambah beliau, walaupun kami berkerja tanpa elaun tetap, kesemua kami berasa seronok apabila dapat membantu orang ramai, terutama mereka yang terkesan Ketika PKP ini. Bersesuaian dengan moto Jabatan Amal Malaysia iaitu “Beramal Kerana ALLAH”.