Home Berita PAS Kedah

Kempen suntikkan vaksinasi covid 19 terus dipergiatkan

242
SHARE

SIK, 13 Jun :Pagi ini YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman bersama Jabatan Penerangan Daerah Sik dapat turun padang untuk kempen vaksinasi di Gulau, Kota Aur dan Klinik Kesihatan Begia.

Sama-samalah kita mendafar dan hadir untuk menerima suntikan vaksinasi sebagai ikhtiar dalam usaha untuk mencegah penularan covid 19.

Terima kasih pada Jabatan Penerangan yang turut bersama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik dalam menjayakan kempen vaksinasi ini.

Seusai kempen vaksinasi bersama Jabatan Penerangan Sik pagi tadi YB Ustaz Tarmizi terus ke Pusat Penerimaan Vaksinasi (PPV) di Dewan Al Hana Sik dan Klinik Kesihatan Begia untuk menyantuni para petugas dan warga Sik penerima vaksin di sana.

Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) turut menyampaikan 400 pek minuman ringan dan biskut untuk para petugas yang terdiri daripada staf Pusat Kesihatan Daerah (PKD) diketuai oleh Dr Noorul Emilin binti Khalis,
Pegawai Kesihatan Daerah (II) Sik,

Bersama hadir menyantuni para petugas dan penerima vaksin Ibu Pejabat Polis (IPD) Sik yang diketuai oleh OCPD Superintendent Tuan Abdul Razak Osman.

Para petugas selain pegawai dan kakitangan Pusat Kesihatan Daerah Sik iaitu terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Sik yang diketuai oleh Komandan Haisul Aishah binti Napiah, Anggota RELA Sik, Sukarelawan Jabatan Belia Daerah Sik, Jabatan Amal Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik dan Dewan Muslimat Pas Kawasan Sik.