Home Berita PAS Kedah

28 ribu rakyat Yan belum mendaftar vaksin

126
SHARE

Oleh NORJULIANA YAACOB

YAN – Seramai 28,000 penduduk daerah ini belum mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.

Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkata, diharapkan kesemua mereka ini dapat didaftarkan dalam tempoh terdekat.

“Di dalam mesyuarat atas talian baru-baru ini, Pegawai Kesihatan Daerah Yan, Dr Rohana memaklumkan bahawa terdapat peningkatan pendaftaran,” katanya.

Katanya, di Daerah Yan, jumlah yang berdaftar adalah seramai 24,165 orang dan 8,200 orang daripadanya telah menerima suntikan.

Yb Ustaz Sabri berkata, untuk mencapai imuniti kelompok dalam daerah Yan pihaknya mensasarkan seramai 53,500 orang perlu mendapat suntikan.

“Sebarang pertanyaan mengenai daftar vaksin atau temujanji orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerai; Pejabat Daerah Yan dan Pejabat Kesihatan,” katanya

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Yan secara dalam talian yang dipengerusikan YM Tunku Iskandar Shah pada hari ini.

Dalam mesyuarat juga, Pegawai Kesihatan Daerah Yan, Dr Rohana memaklumkan bahawa terdapat peningkatan daftar untuk mendapatkan vaksin.

Untuk mencapai imuniti kelompok dalam daerah Yan kita sasarkan seramai 53,500 orang perlu mendapat suntikan katanya.

Seramai 28,000 penduduk dalam daerah Yan belum mendaftar, oleh itu, kita berharap kesemua mereka akan dapat didaftarkan dalam tempoh terdekat ini.

Untuk makluman, Pihak PKRPJ juga menyediakan kemudahan pengangkutan bagi membawa mereka yang tidak berkemampuan ke Pusat Pengambilan Vaksin.

Semoga isu-isu antivaksin tidak lagi kedengaran dan pastikan kita menjadi pencetus kemahuan saudara mara untuk mendapatkan vaksin

Sebarang pertanyaan mengenai daftar vaksin atau temujanji orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerai; Pejabat Daerah Yan dan Pejabat Kesihatan.