TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam
(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)
RAMADHAN 15 / 1438 H
“KIBLAT YANG SATU”
Ramadhan mendidik kita mengenal Allah. Mengenal perintah Allah. Juga mengenal kiblat umat Islam. Sebagai hamba, apabila kita kenal Allah, kenal perintah-Nya, kenal kiblat-Nya, kita akan akan jadi hamba yang beriman mentaati segala perkara yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
[Surat Al-Ahzab 36]
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
6666 ayat dalam Al Quran dipenuhi dengan kisah sebagai iktibar, hukum yang mengatur hidup, perintah-Nya pelbagai yang wajib ditaati. Hamba yang beriman menghalakan kehidupannya pada kiblat yang satu iaitu Islam. Bukan hanya kiblat solat sahaja bersama Islam, tetapi termasuk semua perkara mahupun melibatkan soal politik. Malang jika sekiranya kiblat solat diarahkan kepada Agama tetapi politik dikiblatkan ke arah barat. Meninggalkan ketetapan Al Quran dan Rasul-Nya. Gerunlah tempelakan Allah dalam Al Quran.
[Surat Al-Baqarah 85]
Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
USHH
#akupemudapas
#undilahpas