Home Berita PAS Selangor

Tausiyah Ramadhan DUPNS 15 | Dakwah Kepada Islam

542
SHARE


Tausiyah Ramadhan DUPNS 15

Dakwah Kepada Islam

Maksudnya:
“Dan berdakwah kepada Allah merupakan tugas yang besar dan kerja yang mulia yang mana ianya menyeru manusia supaya beribadah kepada Allah Yang Esa, dan membawa manusia dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya, dan menanam kebaikan ditempat kejahatan (dalam diri manusia) dan kebenaran ditempat kebatilan. Oleh itu seseorang yang melaksanakannya berhajat kepada ilmu, kefahaman, kesabaran, kelembutan, kelunakan dan kebaikan,
juga memerlukan (orang yang sanggup) membelanjakan/menghabiskan harta disamping kesungguhan jiwa serta memahami situasi dan adat-adat.”

Ramadhan mengajar para hamba dan para pejuang kembali kepada Allah juga dalam masa yang sama menyeru ummah kembali kepada beramal dengan Islam dan itulah hakikat dakwah.

Dakwah tidak akan berjaya kecuali dengan melengkapkan diri dari sudut zahir iaitu ilmu dan kefaqehan serta sudut batin iaitu kesabaran, kelembutan dan lain-lain yang tersebut di atas.

Semua persiapan seorang pejuang untuk berada dalam medan perjuangan menggerakkan dakwah akan terbina dibulan Ramadhan.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak Pas Selangor