KENYATAAN MEDIA DPPN PERAK
DPPN Perak Rakam Ucapan Tahniah Kepada KPN
1) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun diatas taklifan sebagai Ketua Polis Negara ke-11 yang baharu. Sesungguhnya taklifan selaku KPN merupakan satu amanah yang sangat besar. Allah SWT berfirman :
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
2) Pengalaman yang ada pada anak kelahiran Kampung Tua, Batu 16, Bota,Perak ini meletakkan beliau insan yang sangat layak bagi menggalas tanggungjawab ini. Diharapkan agar Datuk Seri Mohamad Fuzi bersama warga Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dapat menjaga keamanan dan kesejahteraan Malaysia dari ancaman juga jenayah dalam dan luar negara.
3) DPPN Perak turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar diatas khidmat cemerlang sebagai KPN dari 17 Mei 2013 sehingga hari ini. Semoga Allah mengangkat khidmat beliau selama 41 tahun sebagai pegawai PDRM sebagai amal soleh.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
“Sedia Memerintah”
Mohd Zahid Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda PAS Perak
Ketua Pemuda PAS Parit
{ja thumbnailoff}