Home Berita PAS Perlis

Pemuda PAS Perlu Jelas dan Yakin Matlamat Perjuangan PAS

675
SHARE

 

ARAU: Pemuda PAS diingatkan agar jelas matlamat perjuangan dan perlu yakin dengan dasar perjuangan PAS.

Demikian ingatan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Yussaine Yahya ketika memberi pengisian dalam Usrah Tarbawi Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis di Sekolah Rendah Islam Al Furqan, pada 4 September  yang lalu.

Menurut beliau, pemuda yang beriman mesti yakin bahawa setiap perkara yang dilakukan, tidak dapat lari daripada dosa dan pahala serta syurga dan neraka.

Justeru menurut beliau, para pemuda mestilah mengambil kira persoalan tersebut (dosa dan pahala) dalam setiap perkara yang mereka lakukan, termasuklah dalam gerak kerja politik.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan para pemuda agar tidak meragui perjuangan PAS kerana sejak penubuhannya pada tahun 1951, dasar serta matlamat perjuangan PAS tidak pernah berubah iaitu menegakkan Islam secara menyeluruh serta menyemai nilai-nilai islam di dalam masyarakat.

“Jangan rasa lemah dalam meyakini dasar perjuangan PAS, sebaliknya pemuda kena yakin bahawa suatu masa nanti, Islam pasti akan menang.”

“Perjuangan Islam ini sifatnya panjang dan jauh perjalannya, (justeru) hanya yang bersabar akan bersama (istiqamah).”

Menyentuh berkaitan situasi politik hari ini, beliau menegaskan bahawa komitmen serta ketegasan yang ditunjukkan oleh PAS dalam isu-isu seperti RUU355 dan RUU164, membuktikan kesungguhan PAS dalam memperjuangkan Islam meskipun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, sekaligus menyanggah dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS sudah lari daripada matlamat asal penubuhannya. 

{jathumbnail off}