Home Berita PAS Selangor

Hormati institusi agong dan raja-raja tanpa “percaturan politik demokrasi” – Pesuruhjaya PAS Selangor

201
SHARE

May be an image of 2 people and text

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

Hormati Institusi Agong Dan Raja-Raja Tanpa “Percaturan Politik Demokrasi”

Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor menggesa semua pihak menghormati Institusi Agong dan Raja-raja Melayu di negara ini sebagai satu entiti yang lebih tinggi dari sistem politik kerana kedudukan Institusi Agong dan Raja-raja Melayu dijamin dalam Perlembagaan. Semua pihak yang berlatarbelakang politik yang berbeza tidak wajar mengheret isu percaturan politik negara ke dalam Institusi Agong dan Raja-raja Melayu.

Kewujudan pihak-pihak yang bebas mencemuh dan menghina institusi ini jelas tidak memahami bagaimana institusi ini berfungsi mengikut lunas Perlembagaan yang diberikan. Malahan sikap yang ditunjukkan oleh beberapa individu dan kumpulan yang sengaja mencemuh dan menghina YDP Agong adalah tidak wajar dan menghilangkan kehormatan yang sewajarnya diberikan kepada YDP Agong yang bertindak secara bijaksana dan teliti berdasarkan nasihat-nasihat pakar.

Lebih malang lagi, wujud kononnya “cadangan-cadangan gesaan” bagi mencaturkan Institusi Agong dan Raja-raja Melayu bagi menggantikan antara satu sama lain atau memangku ekoran suasana pandemik yang melanda negara ini dianggap sebagai satu kegagalan kerajaan PN yang mengheret kepada YDP Agong sekarang ini. Percaturan politik ini adalah sikap biadab kerana cuba memburukkan suasana dan menjadikan Institusi Agong dan Raja-raja sama taraf dengan “gelanggang politik demokrasi” .

Status penulisan dan percakapan sebegini adalah jelas satu gerakan yang tersusun yang dapat kita lihat sejak kebelakangan ini dapat merosakkan imej dan kehormatan Institusi Agong dan Raja-raja Melayu. Kita perlu membezakan antara mengkritik dan menghina kerana “intipati” tulisan atau ucapan yang tidak memahami jalur dan kedudukan sebenar membawa kepada penghinaan. Ini kerana jelas dalam pembinaan kerukunan negara Malaysia meletakkan Institusi Agong dan Raja-raja Melayu sebagai salah satu rukun iaitu “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Kerukunan negara ini perlu dipertahankan. Menghilangkan penghayatan ke atas 5 Rukun Negara akan menyebabkan kecelaruan kepada sistem yang sedang berjalan dalam negara dan mengalami konflik identiti kerana tidak menyedari hakikat keberadaan di negara ini. Setiap negara ada kerukunan dan sistem yang tersendiri berdasarkan lakaran sejarah dan perbezaan geografi masing-masing.

Justeru, saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor menegaskan bahawa perlunya Institusi Agong dan Raja-raja Melayu ini dipertahankan dan menjaga kehormataan serta kesuciaanya dari tangan-tangan perosak yang mahu mengubah negara ini seakan-akan mengikut kiblat komunis. Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga mendesak agar pihak PDRM dapat mengambil tindakan tegas dan pantas bagi mengekang sebarang usaha yang cuba meruntuhkan Institusi Agong dan Raja-raja Melayu ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

27 Syawal 1442H | 9 Jun 2021