Home Kenyataan Media PAS Wilayah

PAS Wilayah sokong pertahan YDPA

184
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saff kepimpinan menyokong penuh kenyataan media Naib Presiden PAS, YB Senator Ustaz Idris Ahmad bertarikh 8 Jun 2021 yang tegas mempertahankan kedaulatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Rakyat Malaysia menjadi saksi akan keperibadian Baginda Tuanku yang sangat berjiwa rakyat sejak sebelum ditabalkan sebagai YDPA. Baginda serta kaum kerabat sering menyantuni rakyat jelata dan mendalami susah senang bersama rakyat.

Kebijaksanaan dan ketokohan Baginda Tuanku juga tidak dapat disangkal lagi terutama dalam krisis politik negara selepas perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berjaya diurus begitu baik dan aman.

Oleh itu, BPPWP menegaskan bahawa kedaulatan Institusi Diraja dan kedudukan YDPA sebagai Ketua Negara mesti didukung oleh seluruh rakyat Malaysia dan dipertahankan daripada segala cubaan untuk menggugatnya.

Menjunjung Kasih Tuanku.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
8 Jun 2021 l 26 Syawal 1442H